Homeopathy, merupakan terapi holistik yang amat berkesan untuk menghilang dan mengikis penyakit yang ada dipelbagai peringkat, iaitu penyakit fikizal, emosional dan mental. Homeopathy menggunakan dos yang amat kecil sehingga menjadikan ia sangat selamat tanpa sebarang kesan sampingan.
Homeopathy diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843) yang berasal dari German. Hahnemann mendapat ijazah kedoktoran dalam tahun 1779 dan memulakan praktis perubatannya sendiri. Beliau merasa tidak tenteram dengan ubat-ubatan terutamanya ubatan yang menggunakan dadah yang bertoksid. Ketika itu, pada sekitar tahun 1790, Hahnemann mula mendapat projek menterjemahkan teks Materia Medica William Cullen ke dalam bahasa German. Ketika itu lah beliau didedahkan kepada prinsip “persamaan”, lalu beliau terus mengumpulkan banyak data-data yang akhirnya menukar dunia perubatan untuk abad-abad seterusnya.
Pada hari ini, hampir kesemua farmasi di Peranchis menjual ubat-ubatan dan penawar homeopathy. Malah jenama ubat batuk yang terkenal di farmasi Peranchis pun adalah ubat homeopathy. Keluarga diRaja British adalah peneraju penggunaan perubatan ini di Eropah sehingga terbinanya Royal London Homeopathic Hospital di United Kingdom. Sehingga kini terdapat 5 buah hospital homeopathy di United Kingom, iaitu di London, Tunbridge Wells, Bristol, Liverpool dan Glasgow.
Di Malaysia, Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari Kolej Universitiy Sains Perubatan Cyberjaya merupakan universiti yang pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kurus Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy dan mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia. Majlis Akademi Homeopathy Malaysia (MAHM), di bawah Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia telah melahirkan ramai graduan di bidang homeopathy dengan kerjasama Fakultas Perubatan, Universistas Sumatera Utara (USU).